Monday, October 26, 2009

AKIBAT KECUAIAN KONTRAKTOR,NYAWA 3 ORANG PELAJAR SEKOLAH RENDAH JADI KORBAN...

Sedih bercampur hiba bila terbaca berita mengenai kejadian jambatan gantung runtuh di Gopeng,Perak yang melibatkan kehilangan 3 nyawa pelajar darjah 6 SK Kuala Dipang ,Perak. abru sahaja ingin menikmati dunia,mereka jadi korban atas kecuaian yang tidak boleh dimaafkan. Pasti remuk hati ibubapa pelajar-pelajar ini apabila permata hati yang disangka selamat dan sedang bergembira berkhemah alih2 menjadi sebatang tubuh kecil yang kaku.http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20091027065819/Article/index_html

Monday, October 19, 2009

Kesedaran mengenai H1N1 semakin berkurangan...media disalahkan??



Terlalu jarang sudah didengar mengenai kebimbangan mengenai H1N1 dimulut kawan-kawan,saudara mara...malah kalau dulu semua takut untuk pergi melancong,sekarang berduyun-duyun menempah tiket kapal terbang...ini berdasarkan pemerhatian Dayang sendiri...malah mertua dan ipar Dayang sudah sibuk memilih tarikh untuk makan angin di Kuala Lumpur Disember ini...bila Dayang memberi amaran mengenai bahayanya H1N1,dengan selamba mertua kata tiada lagi dalam berita mengenai H1N1,jadi sekarang sudah selamat...Setahu Dayang, Radio masih lagi rancak memainkan jingle-jingle mengenai bahayanya H1N1...sakit kepala Dayang..bukan apa,tanggungjawab awam terletak dibahu kami sebagai penyampai radio kerajaan...ini bermakna apa yang disampaikan tidak lagi berkesan...


untuk keterangan lanjut menegenai H1N1,

Sunday, September 6, 2009

Permulaan sesuatu yang baru...

Salam ramadhan Al mubarak dan hari ini sudah masuk hari ke 17 kita berpuasa di tahun 1430 h...inilah pertama kali Dayang bergelar seorang blogger...sebelum nie,Dayang hanya disogokkan dgn cerita2 negatif mengenai blogger...Dayang sering menganggap blog adalah salah satu cabang ICT yang byk membawa keburukan dari kebaikan..tapi selepas Dayang didedahkan mengenai fungsi blog melalui subjek IT oleh En.Suhaimi dan wajib utk mempunyai blog sendiri,timbul rasa ingin tahu dan menuba...jadi ini adalah percubaan pertama Dayang...Selalunya sebagai penyampai radio,Dayang menyampaikan maklumat dan pengetahuan melalui radio...kali ini melalui blog pula...hehehehe